August 31, 2010

Happy Merdeka, Malaysians!

Sungguh terabai blog ni. It's been months since I had a proper blog post. Asyik-asyik post video YouTube. Takde blogging mood kot lately and time pun agak limited. Baik spend untuk tido. Haha. Sebbaik sekarang bulan puasa, so tak elok tido banyak sangat. Actually, sekarang tengah mood shopping, tapi takde budget dah sebab dah shopping hari Jumaat cuti Nuzul Quran hari tu. So, sape-sape yang nak pergi shopping tu sila ajak saya! Boleh lah mengubat craving saya untuk bershopping ni.

Sejak bulan puasa ni every week pergi shopping kot. Ish ish. First week tu pergi Times Square. Segala cash di dalam purse telah dihabiskan dengan jayanya. Bought a blouse, two cardigans and yang paling tak boleh blah, a leather jacket. Bukan lah leather pun lah kan sebab harga die RM25 je. Entah bile lah nak pakai tu kan. Aktiviti shopping terpaksa diberhentikan bile dah tinggal a few ringgits je dalam purse untuk tambang balik naik LRT. Separuh dari hasil pembelian terpaksa di sorok ke dalam handbag sebab nanti papa tengok kenape banyak sangat shopping ni sedangkan pagi tu kate saje nak jalan-jalan je.

Second week pulak pergi shopping tudung kat Jalan TAR. Luckily the weather that day memang sesuai je nak berjalan-jalan kat Jalan TAR tu. Tak panas and tak hujan. Berjaya membeli 7 helai tudung dengan cost within budget. The crowd at Jalan TAR and Sogo was okay, still acceptable takde lah rase sesak sangat sampai hilang mood shopping. Maybe sebab time tu belum gaji lagi kot. Best pergi Jalan TAR ni sebab boleh test bargaining skills pastu boleh practice buat muka kesian sebab nak sangat beli barang tu sampai orang kedai terpaksa bagi murah sikit. Haha. Tapi tak dapat practice sangat pun time ni sebab kebanyakan tudung-tudung memang dah murah. Ape pun, at the end of the day memang exhausted.. sangat. Balik naik LRT, sampai rumah, mandi, shampoo, tido.

Last week pulak pergi shopping hari Jumaat cuti Nuzul Quran. Time ni gaji dah masuk so memang agak teringin sangat lah nak beli purse yang dah memang niat nak tukar baru since last year. Tahun lepas dah survey, ade lah berkenan satu ni, Pierre Cardin. It was on discount, 50%. Time tu takde budget. But now, dah ade sikit budget cari balik memang dah takde la stock lama camtu. Pastu ade survey purse kat boutique Sembonia Alamanda, sales assistant tu bawak kuar a new collection memang sangat berkenan di hati lah purse tu tapi way over budget. At last beli purse ELLE yang dah penah usha kat Sogo and Alamanda jugak tapi at those places die takde discount tapi kat Parkson KLCC ade 20% discount. Tanpa berfikir panjang I just grabbed it sebab tak sabar nak purse baru hari tu jugak.

Tapi bile dah balik rumah malam tu lepas dah transfer segala khazanah from my old purse tetibe rase macam sebenarnye lagi suke yang Sembonia tu. Patutnye bersabar sikit, tunggu next gaji baru beli.. Ye tak? Haish.. Takut next gaji kang terbeli pulak purse Sembonia tu. Haha. Agak-agaknye kalau jual purse ELLE ni ade tak orang nak beli? Hm.. beli mahal-mahal, baru pakai beberapa hari dah rase nak jual ye. Ish ish. Purse lame tu beli RM50 je tapi dah berkhidmat selama 5 tahun okay.

Susah sebenarnye nak cari purse yang berkenan di hati sebab taste saya adalah skema dan tak sama seperti kebanyakan orang. Antara criteria-criteria nya adalah: Soft leather (soft leather ye, ciri ini sangat penting!), nipis, 2-fold design, medium sized, plain and simple, banyak card comparments, ade zipped coins compartment and ade enough compartments nak susun banknotes (read: duit) according to value. RM50 satu compartment, RM10 another compartment, kalau terpaksa, they can share a compartment tapi RM50 kat belakang, RM10 kat depan. Pastu RM5 and RM1 kongsi satu lagi compartment, macam biasa lah RM5 kat belakang, RM1 kat depan.

Anyway, hari Jumaat hari tu terbeli satu wristlet clutch CK yang sangat suka. Walaupun lebih suka yang warna hitam tapi beli warna putih sebab yang putih tu 50% discount kat Isetan tapi yang hitam tu 20% je kat Parkson. Lagipun clutch hitam dah ade. Eh, baru teringat sebenarnye clutch putih pun dah ade. HAHA. Tapi clutch yang dah ade tu macam terlalu formal rupe die, lebih sesuai kalau nak pakai pergi dinner kat hotel ke dewan yang grand ke. This CK clutch is more casual, material die pun fabrik nylon plus die kan wristlet style. So, boleh la pakai pergi jemputan weddings nanti. Nampak gayanye terpaksa lah beli wedges or heels warna putih untuk di matchkan dengan wristlet clutch tu. Teringin gak nak gladiator heels tapi macam leceh je nak pakai. Taste saya kan skema sket. Peep-toed heels je lah senang. Hm, nanti next gaji nak melawat Primavera.

Eh, by the way kan, wristlet clutch CK tu ade yang warna merah. Sangat cantik tapi tak nak beli sebab takde matching outfit. Lagipun sebenarnya tak pandai nak match kan pun. So sape yang peminat merah tu boleh la pergi beli. Tapi kat KLCC tu warna merah ade kat boutique die je. Kat boutique, discount 40%. Ade jugak warna purple yang cantik kat Parkson tapi design lain sikit la, a bit smaller. Sebenarnye, terbeli clutch tu sebab it was a good bargain la 50% tu. Lagipun, dah lame jugak teringin nak beli casual clutch. Last time ade berkenan satu ni, kat Nose tapi biasela time tu hanya mampu window shopping je.

Seronok jugak shopping time puasa ni sebab bile balik, naik atas weighing scale tu gembira tengok the digits yang appear. Tapi still kena berhati-hati because if I eat more than I should memang sangat senang nak naik. Oh, baru teringat sebenarnye nak blog about weight loss and health concerns. Haah la, nak blog pasal skincare jugak. Haha. Dah terlebih panjang pulak post ni. Kalau cakap pasal shopping memang macam ni.

Dah dah. Nak pergi mandi pastu potong kuku yang dah panjang ni. Bye.

P/S: Oh, lupe nak cakap, thanks kepada Cik Siti Nurul Syahira sebab bagi pinjam Isetan card. Pasni kalau aku nak shopping Isetan lagi aku akan paksa kau turun bagi aku pinjam card.

2 comments:

bijoux said...

sonok gile awk shopping.
hari tu akak pergi jln tar lepas medical check up.
petu beli tudung murah2 20 helai. sumbat dlm beg laptop. haha. kalau bosan ajak akak jln2.

^fairyha^ said...

Time ade duit mmg sonok shopping! Hehe :) Baiklah, nanti bile bosan org ajak akak jalan2 sampai penat.